Saturday, October 18, 2008

istimewa hari raya


Salam diari.Masa hari raya,aku dapat duit raya banyaklah juga.Lebih kurang 201.Aku ingin berkongsi cerita dengan kamu diari.Cerita aku begini,masa hari raya kat kampung ayah,aku masukkan ikan dapat baldi sebab abang haq nak bersihkan kolam ikan.Pada 18 oktober,sekolah aku ada buat jamuan raya.Mula-mula,aku tak jumpa kawan-kawan aku.Selepas itu,baru jumpa.Selepas dah makan semua,aku pergilah naik kelas aku dengan kawan-kawan aku.Nasib aku baik kerana aku nampak bekas pensil aku ada kat atas meja aku.Tapi bila aku tengok bekas pensil aku dalam kereta,aku tengok pensil tekan aku tak ada.Aku dah tak tahu nak buat apa.Aku dah tanya kawan aku,tapi dia cakap tidak ada kat dia.




-INILAH CERITA AKU-

Saturday, September 6, 2008

diari-6 september.

Salam.Hari ini aku berbuka puasa kat rumah alang.tapi aku sedih sebab aku ta dapat makan nasi tomato,ayam kurma dan pepadam.tapi yang bab aku gembira sebab jumpa yaya jelah.okeylah aku tak ada apa nak cakap.Bye,salam.

Saturday, August 30, 2008

DIARIKU




Salam diari.Hari ini aku akan belajar untuk SPRA.Sebab lagi tinggal dua hari.Ye aku memang kena belajar kalau tidak aku tak dapat mumtaz.Ni jelah aku nak cakap.Bye,salam.

Tuesday, August 26, 2008

Kisah khalifah ALLAH-Saidina Ali.







PENGISLAMAN DI KALANGAN KANAK-KANAK




Saidina Ali ialah kanak-kanak pertama memeluk ISLAM.Beliau juga ialah sepupu dan menantu RASULLULLAH.Saidina Ali ialah seorang kanak-kanak yang tidak pernah melakukan perkara syirik.Oleh itu,hatinya mudah menerima ISLAM.






Ali juga sangat cerdas fikirannya kerana beliau tidak pernah melakukan perkara maksiat.Pernah dikhabarkan, beliau pernah menjadi jurutulis RASULLULLAH.Saidina Ali dapat menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya sebelum habis disampaikan.






Saidina Ali telah menghafaz al-quran dan hadith RASULLULLAH.Beliau pernah berkata " aku tahu setiap ayat al-quran itu dari segi makna,masa diturunkan,tempat diturunkan dan kepada siapa diturunkan."






Begitulah keperibadian seorang kanak-kanak muslim yang unggul yang harus kita contohi.Bagaimana pula keperibadian kita dibandingkan dengan keperibadian Ali bin Abi Talib?

Saturday, August 23, 2008

diari( 23 ogos)


Salam diari.Hari ini aku nak gi rumah tok busu.Aku kene gi sana sbb saudara opah aku nak balik sumatra esk.Jadilah kenelah gi.Tadikan aku kenelah titikkan ubat resdung ke dlm hidung aku.Lepas aku bangun tidur tu,aku tiba-tiba bersin.Jadi aku pun hembus.Banyak hingus keluar.Eee.... geli.Ibu aku ckp ubat telan resdung aku tahi kambing.Ubatnya kecik je.Okeylah tu je.Bye,salam.

Thursday, August 21, 2008

diari


Salam diari.Hari ini aku dan keluarga aku gi MAHA.Kat situ, aku dapat ubat resdung aku.Ibu aku pulak ambil email barang-barangan untuk koperasi sekolah aku.Masa aku naik tram,aku bau bermacam-macam bau.He..... tak delah.Masa aku naik tram nak balik,tiba-tiba tayar tram boleh terpatah.Aku dan keluarga aku terpaksa jalan kaki nak gi tempat parking.Tapi, masa tengah jalan tu naiklah satu tram ni.Lepas tu barulah jalan kaki.Ya ALLAH, panas betul.Tapi tak apalah kat akhirat lagi panas.Okeylah,tu jelah.Bye,salam.