Saturday, January 10, 2009

PERGI BERCUTI DI MELAKA

Salam diari.masa cuti sekolah,aku pergi ke melaka.aku menginap di garden city apartment.aku duduk kat apartment je.malam pertama,aku pergi ke menara taming sari.lepas tu,aku balik dengan ibulah.aku makan maggi goreng. bestlah.lepas tu, baliklah kat apartment tu.best naik.cuma mok de takut naik benda tu.siang besoknya,aku mandi kolam dengan kak iffat.lepas mandi tu makanlah apa lagi.laparlah katakan.lepas tu,round kat bandar melakalah.malam tu,kitorang semua pergi umbai.banyak aku makan. sedappp....aku makn ikan siakap masam manis,ikan bakar,sotong goreng tepung,kepah dan banyak lagilah.tapi lepas tu,aku balik dengan ngahlah.kak iffat cakap ada jetty kat sana.kitaorang pergilah.rupanya kat sana tempat tak eloklah.kau tahu jelah kan diari.okeylah.bye..........salam.

Saturday, January 3, 2009

aktiviti cuti persekolahan

Salam diariku.dah lama kita tak sembang.banyak aku nak ceritakan kat kamu diari masa cuti sekolah ni.masa awal cuti sekolah,aku balik ke rumah opah kat ipoh.kat sana,aku adalah seorang kawan.nama dia athirah.dia tu sama umur dengan aku.dia tu juga cucu kepada kawan opah aku.pada mulanya,aku tak adalah cakap sangat dengan dia.tapi,dah lama-lama okaylah.seminggu kemudian keluarga aku baru balik kat ipoh sebab pada hari jumaat tu,keluarga aku balik sanggang dulu sebab aiwe buat kenduri kat sana.pada hari rabu,aku sekeluarga pergi bercuti belah utara.jauh...sampai kat perlis,aku dan adik-adik aku mandi kolam.masa kat kolam tu,aku terjumpa cikgu sekolah aku.dia daripada perak juga tapi kat kuala kangsarlah.sedapp makan kat perlis.ayah aku bawa ke kedah,pulau pinang.masa nak pergi pulau pinang kami sekeluarga akn naik feri bersama kereta kitaorang.sampai kat sana susah nak cari tempat makan.ayah aku masuk ke dalam sikit.barulah jumpa restoran mamak.aku makan roti canai telur.yelahkan favourite aku.lepas makan ayah aku bawalah kami balik ke rumah opah.kesian ayah aku kena bawa kami merantau dunialah katakan.mesti penat sangat.sebelum tu kami ada pergi ke rumah kawan ayah aku,pak cik suhaimi kat sungai petani,kedah.kami makan tengaharilah kat sana.kami makan nasi ayam.sedapp.. hingga menjilat jari.tapi aku malu nak tambah nasi.karang orang kata banyak nye budak ni makan.okeylah diari aku pergi dulu.bye.....salam diariku.

Saturday, October 18, 2008

istimewa hari raya


Salam diari.Masa hari raya,aku dapat duit raya banyaklah juga.Lebih kurang 201.Aku ingin berkongsi cerita dengan kamu diari.Cerita aku begini,masa hari raya kat kampung ayah,aku masukkan ikan dapat baldi sebab abang haq nak bersihkan kolam ikan.Pada 18 oktober,sekolah aku ada buat jamuan raya.Mula-mula,aku tak jumpa kawan-kawan aku.Selepas itu,baru jumpa.Selepas dah makan semua,aku pergilah naik kelas aku dengan kawan-kawan aku.Nasib aku baik kerana aku nampak bekas pensil aku ada kat atas meja aku.Tapi bila aku tengok bekas pensil aku dalam kereta,aku tengok pensil tekan aku tak ada.Aku dah tak tahu nak buat apa.Aku dah tanya kawan aku,tapi dia cakap tidak ada kat dia.




-INILAH CERITA AKU-

Saturday, September 6, 2008

diari-6 september.

Salam.Hari ini aku berbuka puasa kat rumah alang.tapi aku sedih sebab aku ta dapat makan nasi tomato,ayam kurma dan pepadam.tapi yang bab aku gembira sebab jumpa yaya jelah.okeylah aku tak ada apa nak cakap.Bye,salam.

Saturday, August 30, 2008

DIARIKU




Salam diari.Hari ini aku akan belajar untuk SPRA.Sebab lagi tinggal dua hari.Ye aku memang kena belajar kalau tidak aku tak dapat mumtaz.Ni jelah aku nak cakap.Bye,salam.

Tuesday, August 26, 2008

Kisah khalifah ALLAH-Saidina Ali.







PENGISLAMAN DI KALANGAN KANAK-KANAK




Saidina Ali ialah kanak-kanak pertama memeluk ISLAM.Beliau juga ialah sepupu dan menantu RASULLULLAH.Saidina Ali ialah seorang kanak-kanak yang tidak pernah melakukan perkara syirik.Oleh itu,hatinya mudah menerima ISLAM.






Ali juga sangat cerdas fikirannya kerana beliau tidak pernah melakukan perkara maksiat.Pernah dikhabarkan, beliau pernah menjadi jurutulis RASULLULLAH.Saidina Ali dapat menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya sebelum habis disampaikan.






Saidina Ali telah menghafaz al-quran dan hadith RASULLULLAH.Beliau pernah berkata " aku tahu setiap ayat al-quran itu dari segi makna,masa diturunkan,tempat diturunkan dan kepada siapa diturunkan."






Begitulah keperibadian seorang kanak-kanak muslim yang unggul yang harus kita contohi.Bagaimana pula keperibadian kita dibandingkan dengan keperibadian Ali bin Abi Talib?

Saturday, August 23, 2008

diari( 23 ogos)


Salam diari.Hari ini aku nak gi rumah tok busu.Aku kene gi sana sbb saudara opah aku nak balik sumatra esk.Jadilah kenelah gi.Tadikan aku kenelah titikkan ubat resdung ke dlm hidung aku.Lepas aku bangun tidur tu,aku tiba-tiba bersin.Jadi aku pun hembus.Banyak hingus keluar.Eee.... geli.Ibu aku ckp ubat telan resdung aku tahi kambing.Ubatnya kecik je.Okeylah tu je.Bye,salam.