Tuesday, August 26, 2008

Kisah khalifah ALLAH-Saidina Ali.







PENGISLAMAN DI KALANGAN KANAK-KANAK




Saidina Ali ialah kanak-kanak pertama memeluk ISLAM.Beliau juga ialah sepupu dan menantu RASULLULLAH.Saidina Ali ialah seorang kanak-kanak yang tidak pernah melakukan perkara syirik.Oleh itu,hatinya mudah menerima ISLAM.






Ali juga sangat cerdas fikirannya kerana beliau tidak pernah melakukan perkara maksiat.Pernah dikhabarkan, beliau pernah menjadi jurutulis RASULLULLAH.Saidina Ali dapat menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya sebelum habis disampaikan.






Saidina Ali telah menghafaz al-quran dan hadith RASULLULLAH.Beliau pernah berkata " aku tahu setiap ayat al-quran itu dari segi makna,masa diturunkan,tempat diturunkan dan kepada siapa diturunkan."






Begitulah keperibadian seorang kanak-kanak muslim yang unggul yang harus kita contohi.Bagaimana pula keperibadian kita dibandingkan dengan keperibadian Ali bin Abi Talib?

No comments: